iPhone 6 Di Pasaran Malaysia Bermula 7 November 2014 | Berita baik untuk peminat iPhone 6 dan 6 Plus apabila ianya akan mula dipasarkan di Malaysia pada 7 November 2014 ini dengan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menjadi syarikat pertama mendedahkan tarikh pengenalan iPhone 6 dan 6 Plus di Malaysia. Spesifikasi iPhone6 di SINI
Digi akan membuka tempahan gajet terbabit bermula 31 Oktober 2014 nanti.
Apple sebelum ini telah melancarkan dua versi iPhone baru iaitu iPhone 6 dan 6 plus yang dilengkapi skrin bersaiz 4.7 inci serta 5.5 inci.
Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paparan Retina HD yang baru dan menarik dengan iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 pixel manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula adalah 1920 x 1080 pixel.
Lebih 10 juta telefon pintar terbaru yang sangat popular ini habis dijual dalam tempoh tiga hari selepas ia dipasarkan di negara terpilih.