Keadaan di wilayah autonomi China itu kelihatan tenang hari ini, selepas berpuluh-puluh orang cedera, termasuk 22 anggota polis dalam konfrontasi selama dua hari di daerah Mong Kok, dan penunjuk perasaan masih menguasai beberapa jalan utama di kawasan tersebut.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying yang menolak gesaan untuk meletak jawatan bagaimanapun berkata, lebih banyak masa diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut secara aman dengan mengadakan perbincangan dengan rakyat, terutamanya golongan pelajar. 

Dua sistem politik punca krisis tercetus
Sementara itu Dr Oh Ei Sun memaklumkan perbezaan sistem politik yang diamalkan di China dan Hong Kong menjadi punca krisis. Beijing mahu ketua eksekutif yang dilantik kelak, mempunyai dasar yang senada dengan sistem komunis yang diamalkan lantas mahu menyaring calon yang bertanding bagi jawatan itu. lapor Utusan online dan Astro Awani