Nicol David Juara Squash Terbuka AS 2014 Kali Ketiga | Tahniah untuk pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David apabila mencipta sejarah selepas memenangi gelaran kejohanan skuasy Terbuka AS buat kali ketiga berturut-turut, hari ini.
Pemain berasal dari Pulau Pinang itu menewaskan Nour El Sherbini dari Mesir 11-5, 12-10, 12-10 di Philadelphia, Amerika Syarikat.
Nicol adalah pemain pertama dalam sejarah 60 tahun kejohanan Terbuka AS ini untuk memenangi gelaran buat kali ketiga berturut-turut.
Dalam separuh akhir, dia menewaskan musuh tradisi, Raneem El Welily manakala Nour mengatasi Camille Serm dari Perancis. - Agensi
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI