Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Berita Terkini Pelajar Wanita Politeknik Ibrahim Sultan Diculik 17 Oktober 2014

$
0
0
Politeknik Ibrahim Sultan
Berita Terkini Pelajar Wanita Politeknik Ibrahim Sultan Diculik 17 Oktober 2014 | Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang penuntut wanita telah diculik beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam tadi.
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim, berkata mangsa yang berasal daripada Kuala Lumpur adalah penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan terbabit.
"Saya akan ke Dungun, Terengganu malam ini untuk menguruskan perkara itu namun saya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lain berkenaan kes itu," katanya.
BERNAMA difahamkan penuntut perempuan itu berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Abdul Samad Salleh mengesahkan ada seorang pelajar politeknik dari negeri ini membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, Terengganu pagi tadi.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan yang dibuat mana-mana pihak berhubung kehilangan anggota keluarga mereka di kawasan Seri Alam.
"Buat waktu ini kami masih menyiasat laporan polis yang dibuat oleh penuntut wanita itu. Polis juga merayu mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan - BERNAMA

18 Oktober 2014
925pm - tweet dari BH online
Penuntut IPTA ada masalah peribadi & bukan spt dakwaannya yg lolos drpd penculik di Dungun: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>