Awas Penipuan BR1M Amaran Dari LHDN | Jumlah bantuan bertambah, jenayah pun nampaknya bertambah. Itulah yang terjadi sekarang.

LHDN berkata bahawa terdapat banyak pertanyaan dari orang ramai yang telah menerima mesej tersebut berkenaan perkhidmatan insurans yang dipanggil i-BR1M.
"LHDN mengesahkan bahawa LHDN tidak ada menerbitkan atau mengeluarkan sebarang e-mel atau SMS melalui mana-mana pegawai kepada mana-mana pemohon atau penerima,"
LHDN menggesa mereka yang telah menerima e-mel atau SMS untuk memadamnya dan mengabaikannya. Untuk penjelasan lanjut, sila layari laman web rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my atau hubungi 1-800-88-2716.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI