
Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin dalam kenyataannya hari ini, berkata terdapat pihak yang menjual produk-produk ini menggunakan testimoni palsu kononnya daripada TNB atau kakitangan TNB.
Beliau menasihati pengguna supaya menggunakan tenaga secara bijak dan mengamalkan kecekapan tenaga.
Pengguna boleh menyemak kesahihan peralatan tersebut dengan menghubungi pejabat Suruhanjaya Tenaga yang berhampiran atau melayari laman web TNB di www.tnb.com.my untuk maklumat lanjut. -BERNAMA