Senarai Top 10 Komponen Kereta Yang Selalu Rosak | Suspension merupakan senarai teratas bahagian-bahagian kereta yang paling mudah untuk rosak akibat haus dan lusuh.
Menurut Pakar Insurans British - Warranty Direct , kajian menunjukkan bahawa kira-kira satu dalam tiga pembaikan untuk kenderaan berusia antara tiga dan berusia tujuh tahun adalah berpunca kerana kehausan barangan berkaitan.
Pengeluar kereta baru hanya memberi jaminan meliputi kecacatan bahan atau pembuatan dan tidak kepada kerosakkan seperti haus dan sebagainya. Masalah ini berkaitan dengan kekerapan penggunaan mengikut jangka umur kenderaan dan tiada jaminan selepas tempoh perlindungan tiga tahun waranti secara amnya.
Data dari Warranty Direct menunjukkan bahagian kecil kenderaan akan haus dari masa ke masa - seperti bearing dalam water pam air yang boleh menjangkau harga RM1,045 untuk diperbaiki. Sementara itu, komponen yang lebih besar dan penting seperti kotak gear boleh menelan belanja kos pembaikan secara purata sekitar RM7,000.
Berikut disenaraikan 10 komponen kereta/ kenderaan yang mudah rosak selepas tamat tempoh waranti
Top 10 komponen kereta/ kenderaan yang mudah rosak