Kadar BR1M 4.0 Tahun 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia | Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 4.0 Tahun 2015)
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kemampuan fiskal, kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan untuk semua kategori penerima.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
Beliau berkata bantuan itu akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 iaitu sebanyak RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.
Kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.
Berikut adalah teks ucapan PM berkenaan dengan pemberian BR1M 4.0 Tahun 2015 semasa Pembentangan Bajet 2015
181. Dengan mengambil kira peningkatan hasil GST dan kemampuan fiskal Kerajaan, kita tingkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau SR1M daripada 650 ringgit kepada 950 ringgit. Ini, untuk isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit ke bawah. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu 300 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.
182. Seterusnya, bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit, Kerajaan akan meningkatkan nilai SRi M daripada 450 ringgit kepada 750 ringgit. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu 200 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.
183. Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan . tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, Kerajaan akan meningkatkan nilai SRi M daripada 300 ringgit kepada 350 ringgit. Bayaran bantuan ini akan dibuat sekali gus mulai awal tahun hadapan.
Tuan Yang Dipertua,
184. Kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok atau i-SRiM yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian. Skim ini akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan 1,000 ringgit yang akan berkuat kuasa selama setahun.