Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Muat Turun Ucapan Teks Penuh Bajet 2015

$
0
0
Bajet 2015
Muat Turun Ucapan Teks Penuh Bajet 2015 | Berikut adalah teks ucapan penuh Bajet 2015 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam Jumaat, 10 Oktober 2014.

Rang Undang-undang Perbekalan 2015 ini bertajuk “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat".

Muat Turun/ Download di SINI

Tema Bajet 2015

- Ekonomi Keperluan Rakyat


7 Strategi Utama Bajet 2015
Memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.

Intipati Bajet 2015
* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.

* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.

* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.

* Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.

* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.

* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.

* RM2.7 bilion untuk pembinaan 1,000 menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.

* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)

* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta)

Muat Turun Ucapan Teks Penuh Bajet 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>