Punca Insiden Letupan Di Kompleks Sun, Jalan Bukit Bintang 9 Oktober 2014 | Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis.

Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin.
Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi.
"Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.
"Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan.
"Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu," tambahnya.
Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api - mStar online