Cara Dapatkan Anak Perempuan Mengikut Cara Islam
Soalan:
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan anak perempuan mengikut cara Islam?
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan anak perempuan mengikut cara Islam?
Hamidah, Kajang
Jawapan:
Berdoalah selepas mengerjakan solat lima waktu agar Allah memperkenankan hajat yang diinginkan. Setelah itu berserah dirilah kepada-Nya, kerana kebaikan terhadap zuriat yang Allah anugerahkan kepada kita itu hanya Allah saja yang mengetahuinya.
Berdoalah selepas mengerjakan solat lima waktu agar Allah memperkenankan hajat yang diinginkan. Setelah itu berserah dirilah kepada-Nya, kerana kebaikan terhadap zuriat yang Allah anugerahkan kepada kita itu hanya Allah saja yang mengetahuinya.
Walaupun begitu hasil kajian para pakar bahawa sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah-pindah. Kadang kala letaknya sebelah kanan rahim dan kadang kala disebelah kiri rahim. Bila sel telur terletak pada lambung kanan maka akan melahirkan bayi laki-laki dan bila letaknya pada sebelah kiri rahim maka akan melahirkan bayi wanita.
Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir) tentang pendapat ini telah diadakan percubaan-percubaan oleh doktor-doktor bangsa Arab dan demikian juga oleh ahli bangsa Inggeris. dan berhasil 97 peratus dari percubaan-percubaan tersebut dan hanya gagal 3 peratus. Itupun disebabkan kerana pihak ibu tidak mengetahui secara teliti tentang masa subur.
Teori untuk membentuk anak atau anak wanita itu sebagai berikut.
Pertama sekali lakukanlah jimak ketika masa subur agar sperma lelaki berfungsi sebagai janin ketika di dalam rahim. Kemudian lakukanlah persetubuhan itu dengan sebaik-baiknya dan sempurna. Setelah selesai jimak, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun di waktu pagi. Janganlah tidur terlentang supaya air mani di dalam rahim jatuh miring. Akhir sekali lakukanlah, jika ingin memperolehi bayi lelaki tidurlah miring sebelah kanan dan jika ingin memperolehi anak perempuan miringlah sebelah kiri.
Teori ini hanya merupakan usaha dalam mencari sesuatu yang kita inginkan, namun hasilnya diluar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan oleh Allah SWT namun disebalik itu kita hanya dianjurkan untuk berusaha dan berikhtiar - Darul Numan