Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Selamat Tinggal Incheon 2014 Dan Jumpa Lagi Di Jakarta 2018

$
0
0

Selamat Tinggal Incheon 2014 Dan Jumpa Lagi Di Jakarta 2018 | INCHEON: Slogan 'Annyeonghi Gyeseyo' (Selamat Tinggal) Incheon 2014 dan Jumpa Lagi di Jakarta pada 2018', bergema di penghujung temasya Sukan Asia ke-17 yang menutup tirainya, di sini, malam tadi.
Jumpa Lagi Di Jakarta 2018Selepas 16 hari Obor Sukan Asia 2014 bernyala, ia akhirnya dipadamkan secara perlahan-lahan di Stadium Utama Sukan Asia Incheon bagi menandakan temasya sukan kedua terbesar dunia itu melabuhkan tirainya.
Pengerusi Majlis Olimpik Asia (OCA) Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah, menyempurnakan majlis penutupan dengan menyifatkan temasya Incheon sebagai membuka lembaran baharu dalam kehidupan.
Temasya kali ini menyaksikan Malaysia gagal mencapai sasaran lapan pingat emas dan hanya berpuas hati dengan pungutan lima emas, 14 perak dan 14 pingat gangsa, sekali gus menduduki tangga ke-14 keseluruhan.
Pada edisi lepas di Guangzhou, China, pada 2010, kontinjen negara menduduki tangga ke-10 keseluruhan dengan sembilan emas, 18 perak dan 14 pingat gangsa.
Selepas ucapan presiden OCA itu, bendera OCA, bendera Sukan Asia dan obor sukan diserahkan kepada Presiden Majlis Olimpik Indonesia, Rita Subowo dan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaya Purnama, selaku penganjur Sukan Asia edisi 2018.
Indonesia, selaku tuan rumah akan datang, menampilkan persembahan kebudayaan iaitu tarian Ronggeng, diikuti tarian Palembang Darussalam bertema ' Semangat Sumatera Selatan'.
Ia diakhiri dengan tarian 'Pusparagam Rampak' iaitu simbol keharmonian dan perpaduan.
China muncul juara keseluruhan temasya sukan Incheon dengan mengumpul 151 pingat emas, 108 perak dan 83 gangsa, diikuti Korea Selatan dengan 79-71-84 manakala Jepun menamatkan saingan di tempat ketiga dengan 47-76-77 pingat. - BERNAMA
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>