Jadual Dan Tarikh Pelaksanaan PT3 Tahun 2014 | PT3 adalah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid di peringkat menengah rendah.
PT3 mentaksir skop sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan.
Mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3 adalah seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Geografi
- Mathematics
- Science
- Pendidikan Islam
- 4 pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu:
- KHB Kemahiran Teknikal
- KHB Ekonomi Rumah Tangga
- KHB Pertanian
- KHB Perdagangan dan Keusahawanan
- 5 pilihan bahasa tambahan:
- Bahasa Arab
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
Jadual Dan Tarikh Pelaksanaan PT3 Tahun 2014
Pelaksanaan PT3 dijalankan secara berperingkat seperti Jadual 2 berikut:
Tarikh | Jenis Instrumen | Mata Pelajaran |
---|---|---|
1 – 18 Julai 2014 | Kajian Kes | Sejarah Geografi |
6 – 29 Ogos 2014 | Ujian Lisan Bertutur | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris |
12 Ogos 2014 | Ujian Mendengar | Bahasa Melayu |
13 Ogos 2014 | Ujian Mendengar | Bahasa Inggeris |
12 – 17 Oktober 2014 | Ujian Bertulis | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Mathematics Science Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun |
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI