Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Punca Berlaku Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

$
0
0
Punca Berlaku Gangguan Seksual Di Tempat KerjaStatistik kes gangguan seksual di tempat kerja yang dikeluarkan Bukit Aman merangkumi cabul dan rogol bagi 2012 dan tahun lalu keseluruhannya mencatatkan 75 kes membabitkan majikan, manakala kes melibatkan rakan sekerja pula sekali ganda iaitu 156 kes.

Daripada jumlah itu, kes rogol membabitkan majikan sebanyak 27, manakala 48 kes untuk cabul dicatatkan, manakala kes gangguan seksual melibatkan rakan sekerja pula menunjukkan 42 kes rogol dicatatkan, manakala cabul sebanyak 114 kes.

Apa sebenarnya punca berlakunya gangguan seksual di tempat kerja?
Gagal mengawal nafsu merupakan antara punca perkara ini berlaku di tempat kerja.

sexual harassmentPegawai Pemulihan Kesihatan Mental, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Nurhijjah Zain berkata, kes seumpama ini turut dipengaruhi faktor sekeliling.

"Persekitaran juga memainkan peranan penting. Kadang-kadang mangsa sendiri yang menyebabkan kes gangguan ini berlaku seperti berpakaian yang seksi, tingkah lalu atau percakapan yang berbaur 'double meaning'.

"Selain itu, kebebasan internet yang menyediakan bahan lucah turut menyumbang kepada gangguan ini,"

Lebih malang lagi apabila ada majikan atau rakan sekerja yang tidak tahu di mana untuk melepaskan nafsu tanpa berfikir panjang menjadikan rakan sekerja mangsa.

"Jika kelakuan ini tidak dibendung, pelaku boleh menjadi lebih obses untuk melakukan perbuatan yang lebih teruk,"

Berdasarkan pengendalian kes gangguan seksual, sikap mudah percaya pada pujian dan janji manis antara faktor utama berlakunya kes rogol dan cabul di tempat kerja yang membabitkan majikan dan rakan sekerja.

Perlakuan yang disifatkan gangguan seksual ini boleh berlaku sama ada secara lisan dan bukan lisan, visual atau fizikal.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>