Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) Hari Raya Aidiladha 2014
Pengguna lebuh raya yang ingin pulang ke kampung ataupun destinasi masing-masing sempena sambutan Aidiladha 2014 hujung minggu ini dinasihat agar mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS).
PLUS dalam kenyataan di sini pada Jumaat berkata TTA yang dikeluarkan mulai hari ini sehingga 6 Okt depan dirancang bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak di sepanjang lebuh raya berkenaan.
"PLUS menjangkakan jumlah peningkatan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan pada cuti perayaan Aidiladha pada Ahad ini," menurut kenyataan itu.
TTA yang dikeluarkan oleh PLUS pada cuti musim perayaan dan hari-hari puncak telah berjaya membantu mengurangkan kesesakan lebuh raya - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI