Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Skuad Hoki Malaysia Gagal Raih Gangsa Sukan Asia 2014

$
0
0
Skuad Hoki Malaysia Gagal Raih Gangsa Sukan Asia 2014| Malaysia gagal untuk meraih gangsa Hoki Sukan Asia 2014 apabila tewas kepada Korea Selatan hari ini.
Hoki Sukan Asia 2014Pada penentuan pingat terakhir yang ditawarkan di Stadium Hoki Seonhak itu, Malaysia tewas 3-2 yang juga kekalahan kedua negara berdepan Korea Selatan di temasya sama.
Hadir dengan misi membalas dendam selepas kekalahan di peringkat kumpulan, 25 September lalu, skuad negara begitupun bermula perlahan selepas ketinggalan 2-0 memasuki suku ketiga perlawanan.
Malaysia cuba bangkit dengan jaringan Muhammad Razie Abd Rahim pada suku ketiga permainan namun Korea yang mendapat sokongan padu penonton sendiri terus gagal dibendung untuk menambah jaringan ketiga.
Gol itu begitupun tidak menghalang Muhammad Razie untuk menambah gol kedua negara namun kebangkitan yang diharapkan pada suku keempat tidak kesampaian dengan tiada gol berjaya dijaringkan.
Gol Korea disumbang Kim Youngjin dan dua jaringan hasil Jang Jonghyun.
Empat tahun lalu di Guangzhou, China, Malaysia memenangi pingat perak selepas tewas kepada Pakistan - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604