Lafaz Niat Puasa Sunat Arafah | Menurut pakar rujuk ibadah haji, Datuk Fadzil Awang, umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa Sunat Arafah pada 9 Zulhijjah 1435 Hijrah yang jatuh pada 4 Oktober 2014 depan, Hari SABTU mengikut kalendar Malaysia.
Umat Islam di Malaysia tidak perlu berpuasa sunat Arafah mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah jatuh pada 3 Oktober.
Beliau berkata demikian apabila diminta menjelaskan kekeliruan di kalangan sebilangan umat Islam mengenai tarikh puasa sunat Arafah sama ada perlu mengikut kalendar setempat atau kalendar Arab Saudi.
Umat Islam di negara itu akan menyambut Aidiladha pada 5 Oktober 2014 yang bersamaan 10 Zulhijjah, dan 1 Zulhijjah jatuh pada Jumaat (26 September).
Fadzil berkata, puasa sunat hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah, disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji, mempunyai ganjaran yang besar.
"Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, berdasarkan hadis Nabi Muhammad," katanya.Berikut adalah Lafaz Niat Puasa Sunat Arafah