![Gambar Rakaman CCTV Suspek Godam Mesin ATM Gambar Rakaman CCTV Suspek Godam Mesin ATM](http://3.bp.blogspot.com/-g7bMqS2Ik1w/VCtuT_7yy-I/AAAAAAAAXDI/gDYjiBIuRWs/s1600/godam%2Batm.jpg)
Rakaman imej berkenaan diambil daripada sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mesin ATM yang digodam itu.
"Siasatan awal menunjukkan bahawa terdapat beberapa lelaki yang dipercayai warga asing, telah membuka panel bahagian atas ATM dengan menggunakan 'common key', kemudian satu cakera padat (CD) dimasukkan ke dalam CD-ROM yang terdapat di dalam mesin berkenaan untuk menyuntik Malware yang dikenali sebagai "ulssm.exe".
![]() |
IMEJ suspek dipercayai menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di beberapa cawangan bank tempatan yang dirakam kamera litar tertutup. - Foto Ihsan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSK) PDRM |
"Selepas mengeluarkan CD, panel akan ditutup semula dan ahli sindiket akan mengeluarkan kesemua wang di dalam ATM tersebut menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon dari rakan sejenayah. Slot kad ATM akan disumbat dengan objek berupa kad sim, kertas ataupun punting rokok bagi menyekat akses pengeluaran wang oleh pengguna lain," demikian menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM yang dikeluarkan di akaun Facebook rasmi badan itu, hari ini - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI