Soalan Peperiksaan Ulangan UPSR 2014 Lebih Mudah Kali Ini | Beberapa pelajar yang menduduki peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menganggap soalan kali ini lebih mudah berbanding sebelum ini.
Malah, kerisauan untuk sekali lagi menjalani ujian itu reda sebaik memasuki dewan peperiksaan dan mula menjawab soalan bagi subjek Sains pada pagi Selasa.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Manjalara, Nur Jahirah Mohamad Mubarak, 12, berkata kertas kali ini lebih mudah untuk dirinya kerana telah membuat persiapan yang lebih menyeluruh disamping pengalaman mempunyai pengalaman menduduki kertas yang sama sebelum ini.
"Kali ini jawab soalan lebih rileks. Guru-guru dan ibu bapa turut memberikan kaunseling dan latihan kepada saya dan rakan-rakan lain.
"Ini dapat memulihkan semangat saya untuk jawab dengan lebih bersungguh-sungguh," katanya kepada pemberita.

Seorang lagi pelajar di sekolah sama, Amrina Amir turut melahirkan perasaan teruja biarpun sedikit risau sekiranya soalan peperiksaan kali ini lebih sukar untuk dijawab.
"Alhamdulillah soalan kali ini lebih mudah dijawab. Ibu ayah banyak beri nasihat. Saya juga banyak buat latihan tambahan," katanya.
Ibu bapa yang hadir di SK Manjalara, Asmah Ismail, 41, sedikit bimbang namun yakin anaknya mampu menjawab soalan peperiksaan kertas Sains dan Bahasa Inggeris dengan lebih baik.
"Sudah pasti saya bimbang, namun saya banyak beri nasihat dan motivasi kepada dia supaya berfikiran positif biarpun terpaksa menghadapi peperiksaan ini kali kedua.
"Subjek Sains memang mata pelajaran kegemaran dia, saya harap dia dapat jawab lebih baik daripada sebelum ini," katanya yang juga guru muzik di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Guru Besar SK Manjalara Zaifuddin Baharum berkata, guru-guru telah memberikan latihan tubi tambahan kepada pelajar sejak timbulnya isu soalan bocor.
"Guru di sekolah ini telah memberikan latihan tubi tambahan serta jadual waktu anjal bagi pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Mateamtik.
"Pihak sekolah yakin pelajar lebih bersemangat untuk menjawab peperiksaan kali ini," katanya.
Terdahulu, seawal pukul 7 pagi pelajar dilihat sudah berada di pekarangan sekolah dan bersiap sedia menghadapi peperiksaan ulangan untuk dua kertas berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof turut meluangkan masa melawat tiga buah sekolah bermula dengan SK Taman Bukit Maluri, SK Manjalara dan SK Taman Seri Sinar, Kepong dekat sini - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI"Guru di sekolah ini telah memberikan latihan tubi tambahan serta jadual waktu anjal bagi pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Mateamtik.