Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Tempahan Luar Biasa Untuk Perodua Axia

$
0
0
Tempahan Luar Biasa Untuk Perodua Axia  | Penyerahan PERODUA Axia dijangka mengambil masa yang lebih lama berikutan sambutan luar biasa pengguna.
Sejak dilancarkan baru-baru ini, Perodua Axia sudah menerima 20,000 tempahan sejak ia dibuka pada 15 Ogos lepas.
perodua axia"Kami terharu atas sambutan yang ditunjukkan oleh orang ramai ke atas tawaran terbaru kami, dan kami memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kami sedang melakukan sebaik mungkin untuk menyerahkan kenderaan tersebut dalam tempoh yang munasabah," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh, dalam satu kenyataan.
Katanya, PERODUA sedang berbincang dengan pihak vendor mengenai kaedah terbaik untuk memenuhi permintaan tinggi itu.
PERODUA Axia dibuat di kilang pengeluaran Perodua terbaharu - Global Manufacturing Sdn Bhd, yang memulakan pengeluaran besar-besaran model itu pada pada awal bulan ini.
PERODUA Global Manufacturing mampu menghasilkan 100,000 kenderaan setahun pada setiap pusingan waktu dan mempunyai kadar automasi yang tinggi pada 75 peratus.
PERODUA Axia adalah model pertama kereta jimat tenaga yang dibuat oleh syarikat Malaysia dengan sokongan rakan kongsinya, Daihatsu Motor Company of Japan.
- BERNAMA
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>