Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Atasi Trend Berhijab Songsang Masa Kini Sebelum Terlewat

$
0
0
Atasi Trend Berhijab Songsang Masa Kini Sebelum Terlewat | Trend fesyen berhijab dan cara menutup aurat yang diikuti dalam kalangan wanita muslim masa kini dibimbangi akan menyebabkan kekeliruan dan salah faham serta boleh menimbulkan budaya songsang sekiranya tidak dibendung segera.
trend berhijab

Kebimbangan itu disuarakan oleh Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PISWI) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta menyelar trend tersebut yang dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan tertentu dalam menggayakan fesyen berhijab untuk muslimah pada masa ini.

Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang juga Pengerusi PISWI, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin berkata, keghairahan wanita berhijab yang tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti gaya dan trend menjadi punca cara pemakaian muslimah gagal menepati syariat Islam sebenar.

"Maka tidak hairan terdapat wanita mengenakan hijab tetapi berpakaian ketat dan tidak menepati panduan yang ditetapkan syariat semata-mata untuk berketrampilan dan mengejar trend," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaleha berkata, kesedaran wanita Islam terhadap kewajipan berhijab telah mencetuskan satu fenomena dan ledakan ini sekali gus merupakan satu perkembangan baik kepada Islam secara umumnya.

"Namun transformasi dalam perkembangan fesyen dengan pelbagai rekaan dan modifikasi boleh menghilangkan nilai sebenar yang disyariatkan," katanya.

Menurut beliau, secara umum, hijab itu bermaksud menutup aurat dengan sempurna mengikut batas-batasnya merangkumi jenis pakaian yang tidak menonjolkan bentuk tubuh badan.

"Sejajar dengan fenomena ini, PISWI ingin menegaskan bahawa berhijab itu bukan trend tetapi merupakan satu tuntutan ketaatan kepada syariat yang telah ditetapkan," jelasnya.

Namun beliau berkata, apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan syariat yang telah disalahertikan apabila pelaksanaan menutup aurat itu tidak bertepatan dengan konsep menutup aurat sebenar.

"Sehubungan itu PISWI menyeru wanita Islam di Malaysia supaya belajar mengikuti yang benar bukan yang tenar. Tunaikan kewajipan sebagai seorang muslimah berpandukan syariat yang diredai Allah," katanya.

Utusan Online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>