Azizulhasni Mara Ke Separuh Akhir Pecut Sukan Asia 2014 | Seperti diramal, jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang mudah melangkah ke saingan separuh akhir acara pecut lelaki Sukan Asia di Velodrom Antarabangsa Incheon, esok.
Pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel itu menewaskan pelumba Korea Selatan, Im Chae Bin dalam dua persaingan suku akhir, hari ini - masing-masing dengan catatan 10.567 saat (s) dan 10.376s.
Dalam penentuan tiket ke final dia akan berdepan pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata yang mara selepas menewaskan pelumba China Xu Chao, juga dengan keputusan 2-0.
Satu lagi perlumbaan separuh akhir membabitkan pelumba Jepun, Seiichiro Nakagawa menentang pelumba China, Bao Saifei yang dijadualkan turut berlangsung hari ini.
Sementara itu, pemenang perak acara keirin, Fatehah Mustapa turut menyinar apabila mara ke suku akhir acara pecut wanita, hari ini. Dia mendapat tempat kelima dalam pusingan kelayakan dengan catatan 11.211s - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI