Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Benarkah Salji Telah Turun Di Sabah?

$
0
0
Salji turun di Malaysia
Gunung Kinabalu

Benarkah Salji Telah Turun Di Sabah? | KOTA KINABALU: Adakah salji turun di Gunung Kinabalu sebelum waktu subuh 17 Januari apabila suhunya menurun kepada -3°C?

Satu laporan diserahkan kepada Taman-Taman Sabah oleh ketua ranger, Martin Mogurin yang menunjukkan terdapat tanda-tanda turunnya salji di puncak gunung dengan ketinggian 4,101 meter di Crocker Ranger pada kira-kira pukul 4 pagi.

Martin berkata, petunjuk di gunung itu telah dinyatakan dalam laporan tetapi tidak dapat disertakan dengan gambar kerana keadaan ketika itu gelap.

Pegawai Taman-Taman Sabah sedang mengesahkan laporan itu.

Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Zainal Adlin, yang mendakwa bahawa pernah mendaki setiap permukaan Gunung Kinabalu sejak lima dekad lalu berkata, beliau tidak terkejut dengan laporan gunung itu dilanda salji.

Zainal berkata, ais di gunung itu merupakan perkara biasa, terutama pada awal pagi.

Pengarah Taman-Taman Sabah, Paul Basintal berkata, beliau sedang mengumpulkan maklumat tetapi sangsi dengan keadaan salji itu.

Pakar meteorologi Sabah bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan adanya salji turun di Gunung Kinabalu kerana ia berada begitu hampir dengan Khatulistiwa.

"Berlakunya ais, ya, tetapi salji? Tidak mustahil," kata Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin.

Beliau berkata, Sabah mengalami suhu sejuk ekoran angin Siberia yang berlaku dengan jumlah hujan yang tinggi kerana musim monsun timur laut dan tekanan atmosfera rendah di Sabah - mStar online

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>