Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Pingat Emas Malaysia Pertama Di Sukan Asia Incheon 2014?

$
0
0
emas malaysia sukan asia 2014Pingat Emas Malaysia Pertama Di Sukan Asia Incheon 2014? | INCHEON: Selepas muncul penyumbang pingat emas pertama negara dalam Sukan SEA ke-27 pada 2013, atlet wushu wanita Diana Bong Siong Lin mahu sekali lagi mencipta nama pada temasya Sukan Asia ke-17. 

Diana, 29, tidak sabar untuk mengukir nama sebagai penyumbang emas pertama kontinjen negara apabila membuka langkah dalam acara Nandao dan Nanquan pada Sabtu. 

Beliau bersama penyandang pingat gangsa, Tai Cheau Xuan akan bersaing dalam acara tersebut di Gimnasium Dolmens Ganghwa, kira-kira 51km, dari Perkampungan Atlet. 


KEPUTUSAN, KEDUDUKAN PINGAT DAN BERITA TERKINI SUKAN ASIA INCHEON DI SINI


Selaku juara dunia pada edisi ke-12 di Kuala Lumpur, tahun lepas, Diana berkata beliau tidak mahu terlepas peluang untuk meraih pingat emas selepas hanya mampu menduduki tempat kelima pada edisi lepas di Guangzhou, China, pada2010. 

"Ketika di Guangzhou...saya telah melakukan beberapa kesilapan yang menyebabkan saya kehilangan mata, namun pada kali ini saya akan cuba melakukan aksi dengan  lebih berhati-hati. Sedikit sahaja kesilapan akan menjejas kutipan mata oleh itu saya lebih berhati-hati terutamanya ketika mendarat selepas melakukan aksi lompatan," katanya.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Doha 2006 itu berkata beliau telah berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kelemahan yang ada. 

"Saya harap esok (Sabtu) semua berlangsung dengan baik kerana saya telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran tersebut," katanya. 

Diana berkata pingat emas di Incheon amat berharga bagi dirinya, oleh itu beliau perlu melakukan aksi dengan bersungguh-sungguh berbanding sebelum ini. 

Selain Diana dan Cheau Xuen, rakan sepasukan Lee Wei Loong akan beraksi dalam acara lelaki Sandoo (tempur). Pada Sukan Asia 2010, kem wushu negara berjaya membawa pulang satu pingat emas dan satu pingat gangsa masing-masing  menerusi Chai Fong Ying (acara TauloTaijijian/Taijiquan) dan pingat gangsa oleh Tai Cheau Xuen (acara TaoluNando/Nanquan) - mStar online



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>