Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Apa Akan Terjadi Jika Penduduk Scotland Mengundi Keluar Dari UK GB?

$
0
0
scotland keluar dari GB
Apa Akan Terjadi Jika Penduduk Scotland Mengundi Keluar Dari UK GB?Jika Scotland mengundi untuk memerintah sendiri dalam referendum pada Khamis, apakah perubahan yang akan berlaku dan apakah kesannya ke atas kesatuan United Kingdom of Great Britain yang telah bertahan selama 307 tahun?
Berikut adalah jawapannya;
1. Kewarganegaraan: Semua warga Britain yang bermastautin di wilayah Scotland secara automatiknya akan menjadi warganegara Scotland jika hasil referendum mendapati majoriti memilih untuk memerintah sendiri dan keluar dari kesatuan UK. Mereka kemudiannya akan layak untuk memohon pasport Scottish walaupun mereka dilahirkan di England, Wales atau Ireland Utara iaitu tiga lagi anggota kesatuan.Bagaimanapun mereka yang sudah pun memiliki pasport UK tidak akan dipaksa untuk menukar kepada pasport Scottish.Namun begitu, kerajaan UK berhak menentukan sama ada untuk membenarkan warganya memegang dua kewarganegaraan Britain dan Scotland.
2. Status United Kingdom: Walaupun Scotland memilih untuk merdeka, tetapi England, wales dan Ireland Utara akan terus dikenali sebagai ‘The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland’.
3. Keahlian Kesatuan Eropah: Tidak ada siapa yang boleh memberi jawapan apakah Scotland akan diterima secara automatik sebagai anggota Kesatuan Eropah jika mereka memilih untuk merdeka. Ini kerana jika anggota-anggota kesatuan membenarkan Scotland menyertai mereka, ia seolah-olah memberi lampu hijau kepada gerakan pemisah di negara-negara seperti Sepanyol dan Belgium untuk menuntut hak yang sama.
4. Yuran pelajar: Apakah pelajar-pelajar Inggeris, Welsh dan Irish akan dikenakan yuran sebagai pelajar luar di universiti-universiti Scotland? Buat masa ini tidak kerana Scotland adalah sebahagian dari kesatuan UK tetapi tiada siapa yang tahu jika Scotland memilih untuk merdeka.
5. Stesen Penyiaran BBC: Jika merdeka, Scotland mahu menubuhkan stesen penyiaran mereka sendiri iaitu 'the Scottish Broadcasting Service' atau SBS. Sebagai permulaan SBS mahu mengambil alih aset BBC Scotland dengan bayaran £320 juta ke atas lesen dan juga BBC output. Tetapi tiada siapa yang dapat memberi jawapan sama ada Scotland perlu membayar yuran hak penyiaran untuk program-program popular seperti 'Top Gear', 'Strictly' dan 'Eastenders'.
6. Sukan Olimpik: Naib Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa, Sir Craig Reedie menegaskan untuk jangka panjang Scotland boleh menyertai Sukan Olimpik tetapi sudah terlalu lewat untuk menngambil bahagian dalam Sukan Olimpik Rio 2016.
7. Nilai matawang: Tiada siapa yang tahu jenis matawang apakah yang bakal digunakan oleh Scotland yang merdeka. Para pemimpin pro-kemerdekaan tidak dapat memberi kata putus mengenai perkara ini.
8. Angkatan tentera: Scotland perlu membentuk angkatan tenteranya sendiri. Mereka sudah pun menetapkan bajet sebanyak £2.5 bilion untuk pasukan pertahanan berbanding £34 bilion oleh kerajaan UK sekarang. Ini bermakna dengan bajet serendah itu, angkatan tentera Scotland hanya boleh berfungsi pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Jumlah askar pula ditetapkan seramai 3,500 anggota buat permulaan manakala angkatan udara mereka akan memperolehi 12 jet pejuang canggih Typhoon daripada angkatan udara Britain, enam buah pesawat pengangkut Hercules dan satu skuadron helikopter dengan kekuatan 2,000 anggota. Mana-mana warga Scotland yang kini sedang berkhidmat dalam angkatan tentera Britain akan diberi peluang untuk memilih sama ada untuk terus kekal bersama pasukan Britain atau pulang berkhidmat di Scotland.
9. Senjata nuklear: Buat masa ini terdapat enam kapal selam berkuasa nuklear milik tentera British berpangkalan di Faslane, Scotland. kedua-dua belah pihak masih tidak dapat menentukan di manakah kapalselam berkenaan akan ditempatkan jika Scotland memilih untuk tidak membenarkan ia beroperasi dari pangkalan berkenaan.
10. Bank: Buat masa ini boleh dikatakan kesemua bank yang beroperasi dari Scotland seperti the Royal Bank of Scotland mengancam untuk menarik keluar operasi dan berpindah ke England sepenuhnya kerana Scotland tidak memiliki mata wang sendiri dan bank pusat. Jika ini berlaku tidak kurang dari 15,000 orang akan hilang pekerjaan jika Scotland memilih untuk merdeka.
11. Ahli parlimen Scotland: Buat masa ini ahli-ahli parlimen dari Scotland merupakan sebahagian dari Dewan Rakyat Britain tetapi hanya sehingga Mac 2016 apabila pemerintahan sendiri berkuatkuasa sepenuhnya di Scotland jika mereka memilih untuk merdeka.
12. Bendera Union Jack: Tiada keputusan muktamad apakah bendera Britain akan bertukar wajah jika Scotland merdeka tetapi ada yang mengesyorkan supaya ia dikekalkan untuk mewakili bangsa Scotland yang memilih untuk terus menjadi warga UK.
13. Ketua negara: Bangsa Scotland yang merdeka tidak berhasrat untuk membuang Ratu dan warisnya sebagai ketua negara. Mereka mahu terus kekal di bawah naungan Ratu.
14. Populasi: Jika Scotland memutuskan untuk berpisah, ini bermakna dominasi bangsa Inggeris akan meningkat dari 84 peratus sekarang kepada 92 peratus dari segi populasi.
15. Sertai semula UK: Bolehkah Scotland menyertai semula kesatuan UK jika mereka berpisah sekarang? Kerajaan Britain memberi amaran jika mereka berpisah sekarang, Scotland tidak akan diterima semula sebagai anggota kesatuan pada masa akan datang. Sejarah menunjukkan, tidak ada satu pun daripada 140 buah negara baru yang muncul selepas Perang Dunia Kedua kembali ke negara asal mereka.
16. Lesen memandu: Pemegang lesen memandu UK akan diterima sebagai lesen yang sah di bawah Scotland yang merdeka sementara pembentukan agensi baru yang mengendalikan pengeluaran lesen.
17. Ahli sukan: Ahli sukan diberi hak untuk memilih mewakili negara mana jika Scotland memutuskan untuk memerintah sendiri.
18. Perkhidmatan kereta api dan bas: Akan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
19. Produk tempatan: Tidak akan dilabelkan sebagai 'produk UK' lagi selepas kemerdekaan. Sebaliknya akan menggunakan label 'Produk Scotland.' Bagaimanapun pemilik diberi kebebasan untuk meneruskan dengan label yang mereka suka.
20. Harta intelektual: Masih belum ada jawapan yang pasti kerana keanggotaan Scotland yang merdeka di bawah Kesatuan Eropah masih belum muktamad.
21. Pilihan raya umum: Pilihan raya umum Britain dijadualkan berlangsung pada Mei tahun hadapan. Kemerdekaan sepenuhnya untuk Scotland jika mereka mengundi untuk memerintah sendiri hanya akan berkuatkuasa mulai Mac 2016. Ini bermakna jika pilihan raya umum tidak ditangguh dan diteruskan juga tahun depan, rakyat Scotland masih perlu mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka bagi Parlimen UK. Buat masa ini Scotland diwakili oleh 59 wakil rakyat dalam Parlimen UK. Bagaimanapun setahun selepas itu wakil rakyat ini dari sudut perundangan tidak sah mewakili kawasan masing-masing di Parlimen UK melainkan mereka diserap secara automatik ke dalam Parlimen Scotland yang baru - mStar online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>