Kemenangan yang diharap skuad Harimau Muda A (B-23) kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika pada aksi persahabatan menentang skuad B-23 China tidak kesampaian apabila tewas 2-0 di Qingdao, China, hari ini.

Begitupun, perlawanan dianggap berat sebelah apabila skuad skuad B-23 negara terpaksa beraksi 10 pemain hampir sepanjang separuh masa kedua selepas penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri dilayangkan kad merah pada minit ke-47.
Kekalahan begitupun tidak begitu memberi kesan terhadap persiapan skuad negara yang akan menjalani latihan pemulihan di Qingdao sebelum terbang terus ke Incheon, esok.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI