Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Spesifikasi Kereta Proton PCC Baru Bakal Dilancarkan 25 September 2014

$
0
0
Proton Holdings Berhad (Proton) akan melancarkan model kompak serba barunya yang ditawarkan dengan pelbagai ciri kejuruteraan terkini pada 25 September ini.
Spesifikasi Kereta Proton PCC Baru
Nama sebenar model empat pintu yang ketika ini menggunakan kod Proton Compact Car (PCC) itu akan diumumkan pada majlis pelancarannya di kilang pemasangan model itu di Tanjung Malim, Perak. 
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, model dalam segmen B itu akan dibuka untuk tempahan bermula hujung minggu ini di semua bilik pameran dan jualan Proton seluruh negara. 

“Kami ketika ini sedang menunggu kelulusan akhir mengenai harga daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
“Bagaimanapun, kami percaya harga yang bakal diketahui pembeli yang menempah kereta ini pada akhir minggu ini adalah harga yang berdaya saing,” katanya selepas taklimat mengenai mengenai model terbaru Proton di sini, hari ini.
Model itu ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter VVT dengan beberapa ciri menarik yang dipadankan seperti sistem kawalan cengkaman (TCS), sistem anti brek (ABS), kawalan kestabilan elektrik (ESC), sistem bantuan bukit, sistem tanpa kunci, pengagihan brek elektronik (EBD) dan sistem yang membuka kunci pintu secara automatik sekiranya berlaku kemalangan - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>