Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

SPRM Beku 207 Akaun Bernilai RM6 Juta Atas Kes Rokok Dan Arak

$
0
0
SPRM
SPRM Beku 207 Akaun Bernilai RM6 Juta Atas Kes Rokok Dan ArakSejumlah 207 akaun bank dianggarkan RM6 juta kini dibekukan sehingga selesai siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes rokok dan arak bermutu tinggi yang tidak diisytiharkan.
Kesemua akaun itu membabitkan pegawai Kastam pelbagai pangkat yang berjumlah sekitar RM4 juta dan akaun sindiket berjumlah RM2 juta.
Ia dikesan selepas tertangkapnya 24 individu, termasuk 12 pegawai Kastam pelbagai pangkat dan 12 lagi yang disyaki anggota sindiket.

Mereka ditahan dalam satu operasi bersepadu oleh SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security, pada 3 September lalu.
Mereka ditahan di beberapa tempat berasingan, termasuk di PKFZ Lembah Klang dan Ipoh selepas mendapat maklumat mencukupi.

Suruhanjaya itu, hari ini, mendedahkan rokok dan arak bermutu tinggi tidak diisytiharkan berjumlah RM1.25 bilion.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Syukri Abdull berkata, arak dan rokok itu ditempatkan di PKFZ (Zon Bebas Cukai) di Pelabuhan Klang dan diseludup masuk tanpa membayar duti.

"Sejumlah RM1.67 bilion rokok dan arak dibawa masuk sejak 2011. Daripada jumlah itu, hanya RM420 juta diisytiharkan.

"Ini menjadikan jumlah tidak diisyiharkan termasuk duti kastam yang menyebabkan kerajaan kerugian adalah berjumlah RM2.5 billion," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, arak dan rokok dikesan masuk dari beberapa negara termasuk Scotland, Sweden, Indonesia, Thailand, China, India dan Kemboja.

Katanya, skuad khas diketuai SPRM membuat pemantauan terhadap kes ini, sejak setahun lalu.

Menurutnya, tindakan susulan iaitu menilai cukai sedang dilakukan oleh Lembaha Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam membabitkan duti eksais.

Pada sama, katanya, SPRM turut merampas dan menyita lori yang penuh dengan muatan arak dan kenderaan sindiket.

"Pelbagai harta alih dan tidak alih milik pegawai kastam dan anggota sindiket turut disita termasuk 10 kenderaan mewah, sebuah lot rumah kedai dan wang tunai berjumlah hampir RM3 juta," katanya.

Menurutnya, operasi dan siasatan masih berterusan dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan lagi akan dilakukan.

Sementara itu, SPRM sudah mendapatkan perintah tahanan reman tujuh hari, bermula hari ini, terhadap 12 pegawai anggota Kastam, termasuk seorang pengarah negeri, di Mahkamah Petaling Jaya, untuk membantu siasatan - myMetro
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>