Sebanyak 13 pasukan termasuk lima pasukan berstatus kelab berjaya ke pusingan kedua Piala FA setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan pusingan pertama pada Selasa.
Pasukan yang layak ialah Sarawak, Lions XII dari Singapura, Terengganu, Kedah, T-Team, Perlis, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP FC), Pahang, Sabah, Selangor PKNS FC, Sime Darby FC dan Felda United.
Keputusan pusingan pertama Piala FA 2014
Sarawak 2-1 Penang
PKNS 3-2 JDT II
Kuantan 0-1 Sabah
Terengganu 4-0 Shahzan Muda
Sime Darby 2-1 ATM
Negeri Sembilan 0-1 Felda Utd
Kuala Lumpur 0-4 Kedah
LionsXII 3-0 DRB Hicom
PBAPP 2-0 Cebagoo
Melaka 1-2 Perlis
UITM 2-3 T-Team
PDRM 1-0 KL Spa
Perak (4)2-2(5) *Pahang (Penalti)