Legenda Bolasepak Argentina, Gabriel Batistuta Kini Tidak Mampu Berjalan | LEGENDA bola sepak Argentina, Gabriel Batistuta merayu kepada doktor supaya memotong kakinya kerana tidak mampu menahan kesakitan sejak selepas bersara daripada sukan itu pada 2005.
Bekas penyerang prolifik itu pernah mewakili skuad Argentina sebanyak 78 kali dan menjaringkan 56 gol.
Akibat kesakitan yang berpunca daripada karier selama 17 sebagai pemain bola sepak, Batistuta kini tidak mampu berjalan dan terpaksa bermalam bersama najis di atas katil.
Bekas penyerang Fiorentina itu mahu doktor memotong kakinya supaya dia dapat menjadi seperti atlit Afrika Selatan, Oscar Pistorius yang kini menjadi pelumba lari berjaya.
Dia yang berusia 45 tahun memberitahu," selepas tinggalkan bola sepak, saya tidak dapat berjalan pada setiap malam.
"Saya terpaksa membuang najis di atas katil walaupun tandas hanya terletak tiga meter. Jika saya berdiri pada pukul 4 pagi, saya tahu kesakitan pada buku lali akan membunuh saya.
"Saya pergi berjumpa doktor Avanzi (pakar ortopedik) dan minta dia memotong kaki ini. Dia hanya melihat dan berkata saya gila.
Tambahnya," saya tidak dapat menanggung lagi. Saya tidak dapat gambarkan dengan perkataan tahap kesakitan yang dialami. Saya melihat pada Oscar Pistorius dan berkata 'itulah penyelesaianya'."
Permintaan Batistuta itu bagaimanapun tidak dilayan oleh doktor yang memilih untuk memasukan skru untuk menyokong tulang rawan dan tendon.
Sepanjang kariernya, Batistuta membuat 516 penampilan dengan menjaringan 300 gol termasuk sebanyak 207 jaringan untuk Fiorentina sepanjang sembilan musim bersama kelab itu - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI