Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Kenyataan Biadap Dua Pengguna Twitter Ke Atas PDRM

$
0
0
Kenyataan Biadap Dua Pengguna Twitter Ke Atas PDRM

Kenyataan Biadap Dua Pengguna Twitter Ke Atas PDRM | Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, seorang daripadanya menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai 'anjing Barisan Nasional'.

Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.

"PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'," kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya pada Sabtu.

Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar. 
Kenyataan Biadap Dua Pengguna Twitter Ke Atas PDRM

Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. HenrichHimmler of Malaysia". 

Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan." - mStar online

Heinrich Himmler merupakan antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman. 


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>