Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa |
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada 10 hotel Malaysia yang memenangi Anugerah Hotel Hijau Asean 2014 di Kuching, semalam.
"Tahniah atas kejayaan memberangsangkan ini.
"Saya harap Malaysia akan terus mengekalkan prestasi sebegini dalam usaha memacu teknologi hijau di rantau Asia Tenggara," kata Najib dalam catatan di laman Facebooknya.
Sepuluh hotel Malaysia itu antara 76 hotel dari seluruh Asean yang menerima anugerah berkenaan sempena Forum Pelancongan Asean 2014 di Sarawak.
Hotel tersebut adalah
1) Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa, Kota Kinabalu;
2) Shangri-La's Rasa Ria Resort, Tuaran;
3) Nexus Resort Karambunai, Kota Kinabalu;
4) Riverside Majestic Hotel, Kuching; dan
5) Miri Marriott Resort and Spa.
Penerima lain adalah tiga hotel di Kuala Lumpur, 1 Langkawi dan 1 Penang iaitu
Shangri-La, KL |
6) Mandarin Oriental, KL
7) Shangri-La, KL dan
8) Renaissance, KL;
9) The Andaman, Langkawi, dan
10) Shangri-La's Rasa Sayang Resort and Spa, Pulau Pinang. - Bernama