Gambar Kereta Rasmi Presiden Indonesia Jokowi | Jakarta: Bakal presiden ketujuh Indonesia Joko Widodo (Jokowi) masih bingung memilih kenderaan rasminya sesuai dengan posisinya sebagai ketua kerajaan.
Sebelum ini Gabenor Jakarta itu dilaporkan lebih selesa menaiki Kijang Innova walaupun kerajaan sudah menyediakan kereta kalis peluru keluaran Mercedes Benz.
Ketika menghadiri majlis pernikahan anak seorang pegawai kanan kerajaan tempatan Jakarta Ahad lalu, Jokowi masih menaiki Kijang Innova kegemarannya.
Bagaimanapun, di belakang kereta Mercedes Benz Siri 600 kalis peluru itu tetap mengikuti.
Bagaimanapun, di belakang kereta Mercedes Benz Siri 600 kalis peluru itu tetap mengikuti.
KERETA mewah yang disediakan kerajaan untuk kegunaan Presiden Indonesia ketujuh.
Kereta itu sama kelas dengan kenderaan rasmi diguna Presiden Susilo Bambang Yudhoyono ketika ini.
Ketika meninggalkan kediaman rasmi Gabenor Jakarta, Jokowi dikawal ketat Pasukan Keselamatan Presiden (Paspampres) yang mulai berkhidmat sejak Jumat minggu lalu.
Kata Jokowi, dia masih belum memutuskan jenis kenderaan akan digunakan selepas bergelar presiden nanti walaupun kini sesekali dia mula menaiki Mercedes Benz kerana memudahkan pelaksanaan tugas anggota Paspampres.
“Saya masih mencuba bagaimana keselesaan menggunakan Mercedes dan Kijang.
Jika saya berhenti di pasar, bagaimana pula keadaannya dan kenderaan apa yang lebih sesuai,” katanya. - Agensi & myMetro
Follow @rossacalla