Hukum Bersolat Ketika Azan Berkumandang | Apakah hukumnya menunaikan solat ketika azan masih berkumandang?
SUHANA
Taiping
Taiping
Solatnya sah dan harus meneruskan solat, sama ada solat wajib atau solat sunat. Bagaimanapun, adalah lebih baik tidak menunaikan solat ketika azan berkumandang kerana kita digalakkan supaya mendengar dan menjawab azan.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila kamu semua mendengar azan, sebutlah sepertimana yang disebut oleh muazzin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ia juga bertujuan berjaga-jaga atau berhati-hati supaya solat yang dikerjakan dalam waktu sebenarnya. Wallahualam - myMetro
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINIFollow @rossacalla