Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Masalah Pancut Awal Lelaki

$
0
0
Masalah Pancutan Air Mani Lelaki

Masalah Pancut Awal Lelaki | Saya menghadapi masalah pancutan air mani. Sama ada ia keluar ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri atau menerusi onani, nikmat pancutan itu tiada. Pada masa sama, ia juga tidak sakit.
Untuk makluman, saya berusia 29 tahun dan baru dua tahun berkahwin serta mempunyai seorang anak. Yang menghairankan, masalah ini berlarutan sejak setahun lalu. 
SYAHRIN 
Pendang, Kedah

Ejakulasi untuk lelaki berlaku hasil daripada kemuncak perasaan syahwat akibat rangsangan anggota seksual secara terus atau anggota tubuh badan lain yang menaikkan rasa berahi.

Bagi lelaki, kemuncak perasaan syahwat boleh berlaku dengan rangsangan mental, seperti melalui khayalan seksual dan boleh berlaku juga jika lelaki itu terangsang dengan apa cara sekali pun, termasuk bauan mengghairahkan. 

Lelaki yang mempunyai badan sihat, fungsi anggota seksual yang cergas dan kesihatan mental yang mantap mampu menghayati tahap keghairahan syahwat yang menggalakkan. 

Dalam keadaan letih, lesu dan tahap hormon testosterone atau hormon kelelakian menurun serta tanpa tumpuan ketika melakukan hubungan seksual, tentu kualiti kemuncak tidak seperti diinginkan. 

Selain itu, tekanan atau stres juga boleh menyebabkan kualiti ejakulasi tercabar. 

Saudara perlu amalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman berkala supaya ada stamina untuk bersama pasangan. 

Selain itu, ambil makanan seimbang dan elak kenaikan berat badan kerana badan yang ringan mudah bergerak aktif tanpa keletihan - myMetro
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>