Garis Panduan Hari Perkabungan Negara 22 Ogos 2014 | Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menetapkan garis panduan pada Hari Perkabungan Negara sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke tanah air, Jumaat ini 22 Ogos 2014
JPM, menerusi satu kenyataan media, menggariskan bahawa pada hari perkabungan itu semua pihak perlu mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang di seluruh negara.
Turut ditetapkan, tata cara pakaian berwarna suram terutama bagi petugas yang terbabit dalam istiadat perkabungan itu. Petugas lelaki beragama Islam digalakkan memakai songkok tanpa lilitan warna putih manakala wanita perlu memakai selendang hitam.
Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan di semua saluran radio dan televisyen perlu ditangguh dan digantikan dengan bacaan al-Quran dan program berunsur keagamaan.
"Panduan ini perlu dipatuhi semua pihak termasuk sektor swasta dan orang awam. Hari perkabungan negara bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia ke atas mangsa tragedi," menurut kenyataan itu - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINIFollow @rossacalla