Cirit-Birit Punca Dan Rawatan | Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.
PUNCA-PUNCA CIRIT BIRIT
- Meminum air yang tercemar.
- Memakan makanan yang tercemar.
- Intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
- Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.
PUNCA-PUNCA KRONIK
Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :
- Penyakit gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
- Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
- Penyakit-penyakit usus.
- Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa.
- Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
- Kecacatan penyerapan
- Selepas pembedahan
- Fistula dalaman
- Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
- Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
- Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
- Kanser
- Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
- Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
- Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu dan salur gastrousus.
- Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract condition, appendicitis etc.
- Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
- Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease.
Apa yang dapat dilakukan oleh anda
Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.
- Minum banyak air.
- Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
- Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
- Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
- Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda. - Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
Bayi
- Teruskan penyusuan bayi.
- Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
- Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
- Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
- Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah, atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis.
Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan
- Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.
- Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
- Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
- Ingatlah bahawa walaupun cirit-birit dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
- Tabiat kebersihan makanan yang baik.
- Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum
- menyediakan dan mengendalikan makanan.
- Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
- Sediakan makanan di kawasan yang bersih.
- Tudungkan makanan yang telah dimasak.
- Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
- Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.
Dipetik dari http://www.efarmasi.com.my/
Rawatan
Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit-birit?
Kebanyakan kes cirit-birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit-birit, lakukan seperti berikut :
- Minum banyak air.
- Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur-ansur
- Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
- Elakkan kafein dan alkohol.
Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.
Tanda-tanda dehidrasi adalah :
- Haus yang berlebihan
- Mulut dan kulit kering
- Kurang atau tiada air kencing
- Keletihan yang teruk
- Pitam
- Kulit menjadi gelap
Cirit-birit di kalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :
- Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
- Demam panas
- Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
- Mulut kering atau menangis tanpa air mata
- Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
- Perut, mata atau pipi yang cengkung
- Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.
Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya.
Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .
Pencegahan
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah cirit-birit?
Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:
- Cuci tangan sebelum makan
- Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.
- Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas .
- Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan ciritbirit.
- Minum air dari bekalan air bersih, dibotolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-birit boleh bertambah teruk.
- Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit-birit
Kumpulan sokongan
Hubungi klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk dan layari laman web : http://www.who.int/topics/diarrhoea/en/
MyHealthKEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Follow @rossacalla