Man United Tewas Mengejut Perlawanan Pertama Liga Perdana Inggeris 2014/ 2015 | Manchester United seakan belum melupakan aib yang dicipta musim lalu apabila tumbang 1-2 kepada Swansea di laman sendiri, Old Trafford pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Selepas mencatat kempen pramusim cemerlang, United yang dibimbing jurulatih baru, Louis van Gaal ketinggalan 1-0 berakhir babak pertama menerusi Ki Sung-yueng yang meledak gol pembukaan pada minit ke-28.
Sekalipun berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi kapten, Wayne Rooney yang meledak gol cantik pada minit ke-52, tiada yang mampu dilakukan ketika Swansea meledak gol kedua menerusi Gylfi Sigurosson pada minit ke-72.
Kemenangan Swansea dikemudi pengurus muda, Garry Monk turut mencipta sejarah kelab dari Wales itu mencatat kemenangan pertama perlawanan liga di laman keramat United itu.
Selain itu, gol Sung-yueng yang juga pemain Korea Selatan turut mencipta sejarah baru apabila menjadi pemain Asia pertama meledak gol pembukaan musim EPL.
Keputusan: Manchester United 1 Swansea 2
Gol: Manchester United (Wayne Rooney, m52)
Swansea (Ki Sung-yueng m28, Gylfi Sigurosson, m72).
BH online
Follow @rossacalla