Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Kempen Hari Boikot McDonald's (MCD) Bermula Jumaat 8 Ogos 2014

$
0
0
Kempen Hari Boikot McDonald's (MCD)


Kempen Hari Boikot McDonald's (MCD) Bermula Jumaat 8 Ogos 2014Setelah beberapa siri bantahan dilakukan rakyat di negara ini terhadap produk yang dikatakan menyumbang kepada rejim Israel, kempen itu nampaknya semakin diperhebat dari hari ke hari.

Melalui satu pesanan dan gambar yang kini menjadi viral di laman sosial,  orang ramai diajak memboikot McDonald's bermula Jumaat ini di seluruh negara.

Tiada maklumat setakat ini siapakah penganjur kepada kempen tersebut.

“Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McDonald's bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin,” tulis pesanan itu.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan tindakan rakyat Malaysia memboikot McDonald's mampu memberi isyarat jelas kepada dunia.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan mendakwa, isyarat itu akan disampaikan kepada penyokong Israel apabila semua premis McDonald's di Malaysia kosong tiada pelanggan.

“Bagus sekali tindakan itu kerana semua rakyat Malaysia boleh membuat sesuatu yang tidak terlalu berat dan tidak mengorbankan jiwa raga tapi akan dapat menghantar isyarat kepada masyarakat dunia.

“Hantar isyarat ini terus kepada mereka yang menyokong Israel. Contohnya apabila kedai itu kosong.


Kempen Hari Boikot MCD Bermula 8 Ogos 2014 Jumaat - Sinar Harian

Apakah akan terjadi selepas Jumaat ini ke atas semua rangkaian RESTORAN MCDONALD'S ????? 



KEPUTUSAN TERKINI DAN KESELURUHAN SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014 DI SINI




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>