Harapan Dua Emas Terakhir Sukan Komanwel 2014 | Beregu lelaki dan wanita negara menceriakan kontinjen Malaysia apabila berjaya melangkah ke final acara badminton selepas menumpaskan lawan masing-masing pada separuh akhir di Arena Emarites, di sini, semalam.
Goh V Sem-Tan Wee Kiong dengan bergaya menewaskan beregu dari England, Chris Adcock-Andrew Ellis, 21-19 , 21-19 dan akan bertemu pasangan dari Singapura, Danny Chrisnanta- Chayut Triyachart pada final hari ini.
Terdahulu, beregu wanita negara, Woon Khe Wei-Vivian Hoo membenam pasangan England, Gabrielle Adcock-Lauren Smith 21-16, 21-11 dan akan berdepan dengan juara Sukan Komanwel New Delhi, empat tahun lalu, Jwala Gutta-Ashwini Ponnaappa dari India pada final, hari ini - BH online
Follow @rossacalla