Merujuk kepada pengumuman daripada Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (UPU),
Panduan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2014/2015
Pemohon boleh layari http://upu.mohe.gov.my/ atau http://upu.moe.gov.my/web/ untuk keterangan lanjut
Untuk pemohon yang sedia maklum, pemohon hendaklah terlebih dahulu perlu membeli no pin unik ID di Bank BSN yang berdekatan sebelum boleh mengakses borang.
PANDUAN PERMOHONAN KE IPTA BOLEH KLIK LINK INI - e-panduan
PANDUAN PERMOHONAN KE ILKA BOLEH KLIK LINK INI - e-panduan
SYARAT AM PERMOHONAN
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM Tahun 2013 sahaja:
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi 2013/2014 seperti pecahan berikut:
sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan ke IPTA bagi sesi akademik 2014/ 2015 akan dibuka mulai 20 Januari 2014 jam 1200 tengahari. Sistem Permohonan ini akan dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma atau setaraf.
- Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA bagi calon lepasan SPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.
- Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA bagi calon lepasan STPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.
- Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke ILKA bagi calon lepasan SPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.
- [ Hyperlink ke Sistem Permohonan Kemasukan akan mula diaktifkan pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari ]
Panduan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2014/2015
Pemohon boleh layari http://upu.mohe.gov.my/ atau http://upu.moe.gov.my/web/ untuk keterangan lanjut
Untuk pemohon yang sedia maklum, pemohon hendaklah terlebih dahulu perlu membeli no pin unik ID di Bank BSN yang berdekatan sebelum boleh mengakses borang.
Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Tinggi, KPM akan terus menggunakan kaedah Aplikasi Dalam Talian bagi permohonan kemasukan ke IPTA Program Pengajian Ijazah Pertama. Justeru pemohon lepasan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf perlu mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian sahaja.
Aplikasi Dalam Talian ini hanya boleh diakses dengan Nombor Unik ID, dan pihak sekolah diminta menasihati pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6 Atas dan STAM 2013 yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA, Politeknik Konversional/METrO dan ILKA bagi Sesi Akademik 2014/2015 agar berurusan terus dengan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mendapatkan Nombor Unit ID mulai 20 Januari 2014. Tiada pembelian pukal nombor Unit ID diamalkan bagi Sesi Akademik 2014/2015.
PANDUAN PERMOHONAN KE IPTA BOLEH KLIK LINK INI - e-panduan
PANDUAN PERMOHONAN KE ILKA BOLEH KLIK LINK INI - e-panduan
SYARAT AM PERMOHONAN
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
- Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
- Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
- Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
- Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
- Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
- Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
- Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
- Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Kategori PermohonanLepasan SPM/Setaraf
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:- Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2013 sahaja.
- Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2012.
- Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
- Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013.
Kategori PermohonanLepasan STPM/Setaraf
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM Tahun 2013 sahaja:
- Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2013.
- Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2013.
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi 2013/2014 seperti pecahan berikut:
- Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
- Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
- Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
- Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
- Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
- Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.
- Kategori E • Aliran Sastera.
- Kategori F • Aliran Sains:
- Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
- Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2011 atau sebelumnya atau,
- Lulusan STPM Ulangan atau,
- Lulusan Matrikulasi Sesi 2012/2013 dan sebelumnya atau,
- Lulusan STAM tahun 2010 dan sebelumnya atau,
- Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
- Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
- Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
- Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun 2012 atau 2013 sahaja.