Malaysia Raih Pingat Pertama Sukan Komanwel 2014 Glasgow ] KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah di atas kejayaan atlet angkat berat Mohd Zulhelmi Pisol yang menyumbang pingat pertama kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Komanwel kali ke-20 di Glasgow, Scotland.
"Syabas Mohd Zulhelmi Pisol atas pingat pertama kontinjen Malaysia di #Glasgow2014 #SayaTeamMalaysia," kata Perdana Menteri dalam laman twitternya, Jumaat.
Mohd Zulhelmi dilaporkan membuat kejutan apabila meraih pingat perak kategori 56kg dengan jumlah angkatan 245kg dalam acara di Scottish Exhibition dan Conference Centre Precint pada Khamis.
Atlet berasal dari Pulau Pinang itu membuat angkatan snatch 108kg dan clean and jerk seberat 137kg. Dua atlet dari India Sukhen Dey dan Ganesh Mali, masing-masing meraih pingat emas dan gangsa.
--BERNAMA
KEPUTUSAN TERKINI DAN KESELURUHAN SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014 DI SINI
Follow @rossacalla