Tragedi MH17 Adalah Dugaan Allah | Mufti Zimbabwe, Ismail Musa Menk meminta semua pihak berhenti menuduh kerajaan dan syarikat penerbangan Malaysian Airlines, MAS sebagai bertanggungjawab atas nahas pesawat MH17.
Ulama tersohor itu menegaskan apa yang berlaku merupakan takdir Ilahi dan tidak mungkin kerajaan Malaysia ataupun MAS dapat mengetahui sekaligus menghentikan tragedi ini daripada berlaku.
Ismail menyifatkan tindakan mereka yang menyebarkan fitnah berkaitan nahas pesawat MH17 sebagai tidak bertanggungjawab.
Tegas beliau, nahas ini bukannya satu pembalasan dari Allah terhadap apa jua kesilapan kerajaan atau MAS sebelum ini, tetapi adalah satu dugaan.
Ismail berkata demikian selepas mengadakan pertemuan selama lebih setengah jam bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, bagi menyatakan solidariti umat islam Zimbabwe bersama rakyat Malaysia dalam nahas MH17.
Mufti Zimbabwe itu pada masa sama percaya semua umat islam yang meninggal dunia dalam nahas berkenaan adalah syahid.
Astro Awani
Follow @rossacalla