Gabenor Jakarta, Joko Widodo menang pemilihan presiden Indonesia dengan memungut undi sebanyak 53 peratus -- tipis mengatasi lawannya, Prabowo Subianto yang meraih kurang sedikit daripada 47 peratus, isytihar akhbar Jakarta Globe.
Akhbar itu menerbitkan foto Joko, yang juga lebih akrab dipanggil Jokowi, pada muka depannya hari ini dengan tajuk Indonesia has decided (Indonesia telah memilih).
Jakarta Globe membuat rumusan itu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) selesai membuat penjumlahan undi daripada 34 wilayah di seluruh republik itu. Jumlah muktamad dari wilayah-wilayah itu sudah diumumkan melalui pelbagai media, kata akhbar itu, dan apa yang dilakukannya ialah menjumlah semua keputusan tersebut.
Penjumlahan undi itu menunjukkan Jokowi dan pasangan naibnya, Jusuf Kalla -- yang sebelum ini pernah jadi naib presiden -- menang di 23 wilayah. Prabowo dan regunya, Hatta Rajasa pula menang di 10 wilayah.
"Joko-Kalla oleh itu mendahului dengan 8,4 juta undi atau sekitar 6.3 peratus," lapor Jakarta Globe.
Tjahjo Kumolo, Setiausaha Agung Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDIP), parti yang memajukan Jokowi, mengatakan pasangan itu mendapat undi besar dari Jawa. Beliau memberitahu Jakarta Globe kiraan pihaknya juga sama seperti yang dijumlahkan oleh akhbar itu.
Menurut Jakarta Globe, Joko-Kalla menguasai undi di wilayah tengah dan timur Indonesia serta berkongsi kekuatan dengan lawannya di Sumatera.
Bagi undi luar negara, Joko-Kalla menang juga. Pasangan itu mendahului dengan 53.74 peratus berbanding 46.26 peratus yang dikutip oleh Prabowo-Hatta.
Beberapa pihak sebelum ini meramalkan keputusan pilihan raya presiden yang sengit ini akan ditentukan oleh Mahkamah Perlembagaan. Ia ekoran dakwaan penyelewengan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak.
Dalam pada itu, suruhanjaya pilihan raya berharap semua rakyat republik itu akan dapat menerima keputusan muktamad tanpa perlu mengheret pilihan raya itu ke mahkamah.
Presiden baru Indonesia akan mengangkat sumpah Oktober ini.
Astro Awani
Follow @rossacalla

Muka depan akhbar Jakarta Globe hari ini