Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Lebih Seribu Laman Web Israel Digodam Kumpulan Anonymous

$
0
0
Lebih Seribu Laman Web Israel Digodam Kumpulan Anonymous

Lebih Seribu Laman Web Israel Digodam Kumpulan AnonymousSebanyak lebih 1,000 laman web Israel digodam kumpulan Anonymous dalam serangan sibernya #OpSaveGaza sebagai tanda sokongan mereka terhadap rakyat Palestin.

Serangan siber besar-besaran itu diselaraskan pada 11 dan 17 Julai.

Antara laman-laman web digodam termasuk kepunyaan Jabatan Polis Tel Aviv. Serangan dilakukan melalui denial-of-service attacks (DDoS).

Laman-laman web lain kepunyaan kerajaan Israel juga digodam, di mana halaman web mereka digantikan dengan grafik, slogan dan fail audio yang selaraskan pasukan penggodam AnonGhost, menurut laporan ibtimes.co.uk

Fail audio yang berbentuk 'auto-play' itu memainkan muzik dan klip, dilampirkan mesej menyeru pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan penggodam aktivis lain untuk menyerang laman web Israel dan menjadi "Perisai siber, suara untuk rakyat yang telah dilupakan."

Sementara itu, laman web utama jabatan pekerjaan kerajaan Israel pula digantikan dengan grafik bertajuk "Akincilar" - rujukan kepada tentera Empayar Ottoman dalam bahasa Turki.

Laman-laman web yang digodam itu turut melampirkan mesej yang ditulis falam Bahasa Inggeris dan Turki serta gambar rakyat Palestin yang menderita.

Antara mesej yang ditulis - "Perjuangan Jerusalem adalah perjuangan umat Islam" dan "Mereka yang berjuang untuk Palestin berada di sisi Allah."

Selain itu, alamat emel daripada laman web kementerian Israel turut dibocorkan oleh penggodam. Antara laman web tersebut ialah Kementerian Kehakiman, Kementerian Kebudayaan dan Sukan, Kementerian Perumahan dan Pembinaan, antara lain.

Sektor sosial dan perniagaan Israel juga tidak terkecuali dalam serangan siber tersebut.

Laman web yang dimiliki oleh restoran-restoran, pertubuhan-pertubuhan masyarakat, termasuk laman web simfoni orkestra juga diserang.

Bagaimanapun, sebahagian besar laman web yang digodam telahpun dipulihkan.

Ini bukan kali pertama Anonymous menjalankan serangan siber besar-besaran ke atas Israel.

Pada bulan April, kira-kira 500 laman web Israel digodam dalam kempen #OpIsrael.

Penggodam dilaporkan membocorkan nombor telefon dan alamat emel beberapa pegawai kerajaan Israel ketika itu.

Astro Awani




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604