Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Laman Web Israel Diserang Oleh Hackers Dunia

$
0
0
Laman Web Israel Diserang Oleh Hackers Dunia

Laman Web Israel Diserang Oleh Hackers DuniaKekejaman rejim Zionis Israel yang kononnya mempertahankan diri tetapi mensasarkan serangan ke atas orang awam di Gaza turut mendapat kecaman pasukan penggodam siber dunia.

Hackersdunia bersatu dalam serangan ke atas beberapa laman Web Israel melalui misi yang digelar "#OpSaveGaza".

Ribuan laman web milik Israel sudah berjaya digodam oleh Anon Ghost, sebuah pasukan siber yang menghimpunkanhackersdari seluruh dunia.

Serangan telah dimulakan sejak 1 Julai lalu dan sehingga hari ini dikatakan lebih 2,000 laman web termasuk yang dimiliki oleh Israel berjaya digodam.

Ada juga laman web yang mempunyai mesej bahawa ia telah digodam oleh pasukan yang dikenali sebagai ‘MST – MalaysiaSecurityTester’.

Menurut laman web zone-h.org, setakat ini 1,208 laman web telah digodam oleh 'MST – MalaysiaSecurityTester', 90 adalah laman web Israel.

Laman yang digodam akan diletakkan hashtag #OpSaveGaza dan lagu perjuangan Palestin sebagai latar bunyinya.

Serangan penggodam dikatakan hanya bertumpu kepada laman web dengan nama domain berakhir “.co.il”.


Astro Awani




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>