Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh berkata lelaki warga emas dalam lingkungan awal 60an itu memandu kereta Toyota Corolla dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita dalam lingkungan akhir 20an berkenaan di sebuah tempat letak kereta di daerah tersebut.
Berita sebelum ini
Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang.
Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.
Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng ke atas kereta milik pelanggarnya.
Kata caci yang turut dilontarkan termasuk “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.
SUMBER - Astro Awani
Follow @rossacalla