Harga baru terkini Lesen kereta (Kelas D) dan Motor (Kelas B2) naik lagi mulai 14 Julai 2014. Seperti sedia maklum, pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) telah dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014 dan berkuatkuasa diseluruh institusi memandu seluruh negara.
Untuk pengetahuan, format baharu kelas memandu merangkumi penambahan 3 elemen utama dalam kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian komputer yang telah dinaiktaraf. Sehubungan itu, harga semasa lesen memandu bagi kelas B2 dan D juga telah dinaikkan berikutan penguatkuasaan format terbaru lesen memandu tersebut, lapor Melvister.
Format Baru Lesen Kereta Dan Motor Mulai 14 Julai 2014
- Penambahan Modul Kelas KPP merangkumi tiga teras atau tiga elemen utama.
- Buku Teks KPP Baharu/ Sukatan pembelajaran terkini
- Kelas modul KPP Kereta dan Motosikal telah diasingkan.
- Ujian komputer juga berbeza untuk kereta dan motosikal.
Maksud KPP: Kurikulum Pendidikan Pemandu
Harga Terkini Lesen Kereta Dan Motor Mulai 14 Julai 2014
- Lesen Kelas D (Kereta) – RM 1300 akan naik ke RM 2000
- Lesen Kelas B2 (Motor) – RM 600 (termasuk yuran lesen) akan naik ke RM 1050
Lesen Kelas D (Kereta)
SUMBER
Follow @rossacalla