Liverpool Beli Pemain Keempat Lazar Markovic | Pemain antarabangsa Serbia, Lazar Markovic akhirnya hampir pasti bersetuju dengan perpindahan £ 19.8million ke Liverpool, dan mengakhiri kerjayanya di Benfica dengan menghantar mesej perpisahan kepada peminat di laman sosial Facebook.
Pemain sayap berusia 20 tahun, yang berada di Merseyside semalam untuk memuktamadkan terma perpindahan , telah menulis nota pada profil sosial Facebook beliau yang jelas menunjukkan dia tidak akan kembali ke Estadio da Luz musim depan.
'Terima kasih untuk segala-galanya dan selamat tinggal!' Markovic menulis pada pagi Ahad, yang disertakan dengan gambar beliau melambai kepada penyokong.
Pemain Serbia bakal menjadi pemain keempat yang dibeli Liverpool selepas ketibaan Rickie Lambert, Adam Lallana dan Emre Can di Anfield.
Follow @rossacalla