Israel Makin Ganas Dengan Gaza Terus Bermandi Darah | Baitulmaqdis: Angka korban serangan tentera Israel di Gaza meningkat kepada sekurang-kurangnya 100 orang semalam kebanyakannya orang awam, terkorban dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza, kata pegawai Palestin semalam.
Pegawai perubatan di Gaza berkata, sekurang-kurangnya 60 penduduk awam termasuk kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia empat dan lima tahun yang terkorban kelmarin, adalah antara yang terbunuh.
Israel terus menggempur Gaza tetapi gagal menghalang bedilan roket yang dilepaskan pejuang Hamas melepasi sempadan, ketika Amerika Syarikat menawarkan bantuan merundingkan gencatan senjata.
Antara yang maut termasuk lapan sekeluarga, termasuk lima kanak-kanak, daripada sebuah keluarga dikenali Al-Haj yang terbunuh pagi kelmarin dalam serangan udara di Khan Younis, selatan Gaza.
Di bandar Rafah, penduduk yang sedang berjalan di celah bangunan empat tingkat yang runtuh, bertempiaran lari apabila satu lagi serangan tentera Yahudi terkena sebuah bangunan berhampiran.
Namun semalam, serangan roket pejuang Hamas berjaya menyasarkan sebuah stesen minyak di bandar Ashdod di utara Israel yang bersempadan dengan Lubnan, menyebabkan tiga orang cedera, seorang daripadanya parah.
Israel lepas 25 tembakan
Tentera Lubnan berkata, pejuang melepaskan tiga roket ke arah Israel kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan. Israel membalas dengan melepaskan 25 tembakan meriam ke kawasan mereka - BH online
PERKEMBANGAN TERKINI BOLEH KLIK LINK Berita Terkini Dari Gaza City
Follow @rossacalla